Orang yang bercita-cita tinggi adalah orang yang menganggap teguran keras baginya lebih lembut daripada sanjungan merdu seorang penjilat yang berlebih-lebihan.
- Thales -
Menurut Joe Girard, seorang pemegang World Record sebagai “Jurujual Terbaik di Dunia” (tak percaya boleh search Google), secara purata, seseorang itu kenal 250 orang yang lain.Click Here!Konsep yang digunakannya untuk menjadi jurujual yang baik, adalah menganggap, setiap jualan yang dilakukannya bukan hanya kepada 1 pelanggan sahaja, tetapi, kepada 250 orang yang dikenali oleh 1 pelanggan tersebut.

Fikirkan apabila membuat jualan produk atau perkhidmatan anda dengan TERbaik, pelanggan anda akan menyampaikan perkhidmatan anda yang TERbaik itu kepada kenalan-kenalannya yang lain.Click Here! Mana tahu, berpuluh atau beratus pula pelanggan anda akan dapat daripada 1 pelanggan ini! Ingat, setiap pelanggan anda mengenali 250 orang lain- nasihat Joe Girard, jurujual Terbaik di Dunia!
Boleh kah anda mencipta satu “siri” untuk produk atau perkhidmatan anda?

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, merekahebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.