Saiko-san bukan sekadar satu ungkapan tetapi satu kaedah latihan yang menyatukan kekuatan ‘Inteligent’, ‘Spiritual’, ‘Emotional’ dan ‘Quotient’(IESQ). Latihan yang berkonsepkan ‘ala-ala perang saraf minda’ terhadap diri sendiri ini adalah gabungan dari kajian pakar falsafah terkenal Dr.Napoleon Hill dengan teori dari pakar psikologi Jepun Dr.Jack Mazuma yang pertama kali digerakan di bumi Malaysia ini pada awal tahun 90’an oleh sekumpulan tenaga pakar dari Taiwan . Oleh kerana modul latihan yang sangat efektif, ribuan orang/usahawan yang telah menyertainya dari seluruh negara. Kesan dari latihan ini, maka lahirlah ramai usahawan yang berjaya dan mampu memperbaiki kehidupan.Modul latihan yang berselang-seli antara teori , praktikal & permainan yang membawa masej secara langsung dan tidak langsung amat berkesan dan menghiburkan ditambah lagi dengan cara persembahan yang cukup hebat dan mantap dari tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing.
Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.
• Titik berat pembangunan insan ialah pemerkasaan insan sebagai individu & anggota komuniti
• Pembangunan modal insan pula sebenarnya memperkasakan
manusia, justeru ia sebahagian padu dalam pembangunan insan.
Dlm pembangunan,modal sangat penting.
• Modal material spt tanah, wang, kilang &prasarana lain sangat penting & perlu
• Tapi tanpa manusia, modal material tidak mencukupi, tak mampu tambah nilai.
Tapi, kita perlu kaitkan konsep modal insan dgn konsep & falsafah pembangunan seimbang
yang dihuraikan di atas
• Justeru, kita perlu perincikan konsep‘modal insan’ agar selaras dengan gagasan pembangunan
seimbang bagi kesejahteraan rakyat & kehidupan lestari.
• Perlu keluar drpd pemikiran lazim tentang modal insan